Pemasaran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Kapat terbang Boeing 737-800 milik Air China yang menampilkan logo dan maskot.

Logo

Logo rasmi temasya ini, "Impian Musim Sejuk" (冬梦) telah diumumkan pada 15 Disember 2017 di Pusat Akuatik Nasional Beijing. Logo tersebut menampilkan tulisan bergaya bagi aksara "冬" (Musim Sejuk) yang berilhamkan salji dan mempunyai motif reben. Bahagian atas logo tersebut menyerupai seorang pemain ski manakala bahagian bawahnya menyerupai seorang pemain luncur. Logo tersebut juga menampilkan warna pada logo Olimpik (selain warna hitam) dan warna pada bendera China. Logo tersebut direka bentuk oleh Lin Cunzhen yang turut merupakan pereka bentuk bagi logo Nanjing 2014.[7]

Slogan

Pada 17 September 2021, pihak penganjur Beijing 2022 mengumumkan slogan bagi Sukan Olimpik 2022: "Bersama untuk Masa Depan Bersama" (Bahasa Inggeris: Together for a Shared Future!, Bahasa Cina: 一起向未来!Yīqǐ xiàng wèilái!).[8] Sebuah lagu yang mempunyai judul yang sama turut dikeluarkan. Lagu tersebut mempunyai dua versi, satu versi dinyanyikan oleh Jackson Yee manakala versi yang lain dinyanyikan oleh penyanyi Hong Kong, William Chan dan Tia Ray (Yuan Yawei).[9]

Maskot

Maskot rasmi Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 17 September 2019 di Arena Hoki Ais Shougang. Maskot tersebut, "Bing Dwen Dwen" (Bahasa Cina: 冰墩墩; pinyin: Bīng Dūn Dūn) merupakan seekor panda dan direka oleh Cao Xue.[10] Bing Dwen Dwen memakai topi keledar yang menandakan salji dan ais dalam sukan musim sejuk. Namanya, merupakan kombinasi perkataan "Bing" yang bermaksud "ais" dan "Dwen Dwen" yang bermaksud tegap dan bersemangat. Maskot tersebut turut berpakaian suit sukan ais agar kelihatan lebih cergas. Reka bentuknya turut melambangkan kemajuan teknologi baharu dan hijau yang mempunyai kemungkinan yang tidak terhad. Pada tapak tangan kirinya, terdapat satu bentuk hati yang melambangkan bahawa bandar tuan rumah mengalu-alukan semua atlet dari seluruh dunia.[11] Maskot Sukan Paralimpik turut diumumkan pada hari yang sama[12][13]

Penajaan

Senarai penaja Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022[14]
Rakan kongsi Olimpik sedunia:
Rakan Kongsi Rasmi:
Penaja Rasmi:
  • Kumpulan Beijing Beiao
  • Beijing Cultural Investment Development Group
  • Beijing Yanjing Brewery
  • Kumpulan Hengyuanxiang(HYX)[15]
  • Qianxin
  • Shunxin Agriculture
  • Tsingtao Brewery
  • Jinlongyu Cooking Oils
  • Yuanfudao
  • Yum China
Pembekal Ekslusif Rasmi
  • EF Education First
  • iFlytek
  • China Post
  • Hylink
  • Snickers
  • Hongyuan
  • 3trees
  • Sankeshu Paint
Pembekal Ekslusif

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 http://olympics.nbcsports.com/2017/12/15/beijing-2... http://www.xinhuanet.com/english/2019-09/17/c_1383... http://www.olympic.org/news/first-ioc-executive-bo... http://www.olympic.org/news/rising-interest-in-oly... https://7news.com.au/sport/winter-olympics/china-t... https://www.insidethegames.biz/articles/1104119/be... https://www.cbc.ca/sports/olympics/canada-should-c... https://www.cbc.ca/sports/olympics/winter/curling/... https://www.rcinet.ca/en/2020/06/10/boycott-the-20... https://www.beijing2022.cn/a/20190917/007476.htm